Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan)
Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)
Matlamat Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Objektif
1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukansahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
Program ‘Minggu Pusat Sumber Sekolah’ ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkasakan lagi Pusat Sumber Sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh murid dan guru.
OBJEKTIF
1. Mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari melalui aktiviti setiap panitia.
2. Memaksimumkan penggunaan bahan yang terdapat di Pusat SumberSekolah.
3. Mewujudkan daya saing yang sihat di kalangan murid-murid.
4. Mencungkil bakat yang ada dikalangan murid.
5. Meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis
6..Mengumpul bahan untuk kegunaan Pusat Sumber Sekolah.
7. Memperkenalkan masyarakat sekolah dengan bahan serta informasi yangterdapat di Pusat Sumber Sekolah.
KUMPULAN SASARAN
Tahun 1 - 10 orang
Tahun 2 - 11 orang
Tahun 3 - 15 orang
Tahun 4 - 10 orang
Tahun 5 - 11orang
Pra Sekolah - 10 orang
JUM:67 orang
AHLI JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT
Tn. Hj. Kamaruzaman b. Taib
PENGERUSI
En. Arifin b. Md Yusof
NAIB PENGERUSI
En. Che Wan Suhaimi b. Che Wan Abdullah
En. A Zaidey b. Ibrahim
SETIAUSAHA
En. Mohd Rezani b. Nawi
BENDAHARI
Pn Suraya bt.Abd. aziz
AHLI JAWATANKUASA KERJA
PENGACARA MAJLIS PERASMIAN
Pn. Suraya bt. Abd.Aziz
PENYELARAS AKTIVITI
Ketua Panitia setiap subjek
DISIPLIN/KESELAMATAN
En. Abd. Ghani b. Abdullah
En. Fahmy Rikzan b. Bokhari
En. Ahmad Hafizan b. Omar
BACAAN DOA
En. Mohd Shahril b. Leman
JURUKAMERA
Pn. Wardah bt. Abd. Rashid
HADIAH
Pn. Khatijah bt. Nawi
Pn. Hamidah bt. Yunus
Cik Fazilah
BUKU PROGRAM&DOKUMENTASI
Pn.Wardah bt. Abd. Rashid
INFO PSS
Pn. Suraya bt. Abd.Aziz
ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
A. Aktiviti setiap panitia : -
1. Bahasa ( BM/BI)-,ekplorasi pss, ejaan/spelling,poem
2. Pendidikan Islam-mewarna/menulis tulisan jawi,mengarang cerita
3. Matematik-dominos, g maths
4. Sains- kuiz
5. Kelas pemulihan-puzzle,bowling
6. Pendidikan Jasmani & Kesihatan-.permainan kecil
7. Pra-Sekolah- bowling
8. Pen.Muzik-nyanyian lagu patriotik
9.psv-mewarna poster,membuat kraf tangan tradisional
Doa Penerang Hati Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Doa Sebelum Masuk Ke Dewan Peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
Menyedia dan memberikan kemudahan perkhidmatan secara menyeluruh dalam membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan sistem sokongan yang padu ke arah pemantapan pendidikan.
Objektif
Merancang, melaksana dan menilai aktiviti sesuai bagi meningkatkan keberkesanan proses p&p seterusnya pencapaian akademik.
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai bagi memenuhi keperluan guru dan murid-murid
Menggalak, melatih dan membantu guru-guru memperkembangkan minat dan kreativiti dalam menyedia serta memurnikan bahan p&p.
PSS merupakan pusat menyimpan, menyedia, menyelaras, menyelia, bahan cetak dan bukan cetak. Ia juga memberi khidmat dan bimbingan dengan penerapan nilai-nilai kemanusiaan bagi memenuhi tuntutan kurikulum dan kokurikulum.